Tuesday, July 30, 2013

Dah nak raya dahh..

Lagi beberapa hari, kita akan berhari raya.

Bagi aku, hari raya setiap tahun lebih kurang sama aje.

Pergi masjid, pergi solat sunat Aidilfitri dan sebagainya.

Makin lama, suasana jadi biasa setiap tahun.

Dan agak membosankan.

Mungkin kerana aku semakin dewasa, mungkin juga kerana faktor persekitaran.

Entahlah..

Mungkin aku aje yang anggap begitu. Mungkin juga ada juga yang sependapat dengan aku. Mungkin juga ada yang tak fikir seperti yang aku fikirkan.

Mmm..

Raya tetap raya. Kita tetap mesti bergembira.

Ini kegembiraan umat Islam.

Agama kita, agama yang kita sayangi.

Jadi, bergembiralah selalu. 

Sunday, July 28, 2013

Dah makin tua..

Ya, aku dah makin tua.

Hari ini, hari jadi aku.

Walaupun tak berapa ramai yang ingat akan hari jadi aku..

tapi aku dah cukup gembira bila ada orang-orang terdekat yang ingat.

Itu dah cukup.

Aku tak mintak lebih. Aku tak mintak macam-macam. Aku tak ingat hari jadi aku diingati dan aku tak mintak banyak perkara.

Tak mintak hadiah.

Cuma aku harap kegembiraan itu sentiasa hadir dalam kehidupan aku.

Yang mungkin kadang-kadang aku buat aku menderita. Dan buat aku geram dalam banyak perkara. Tapi aku tahu, dunia ini penuh dengan kegembiraan. Aku kena cari dan sentiasa mencari..

Insya-Allah.

Selamat hari jadi. Buat diri aku sendiri.

Haha..

Tuesday, July 23, 2013

Apa benda MyKad Smart Shopper ni?

Hemm..

MyKad Smart Shopper??

ntah. Tak tahu..

apa yang aku tahu..benda ni leh buat duit.

Bagaimana?

Konsepnya simple.

Nanti aku terangkan.

Sekarang ni..malas.

Oklah..nak layan kartun jap.

Bosan tengah malam ni. haha..