Lagi beberapa hari, kita akan berhari raya.
Bagi aku, hari raya setiap tahun lebih kurang sama aje.
Pergi masjid, pergi solat sunat Aidilfitri dan sebagainya.
Makin lama, suasana jadi biasa setiap tahun.
Dan agak membosankan.
Mungkin kerana aku semakin dewasa, mungkin juga kerana faktor persekitaran.
Entahlah..
Mungkin aku aje yang anggap begitu. Mungkin juga ada juga yang sependapat dengan aku. Mungkin juga ada yang tak fikir seperti yang aku fikirkan.
Mmm..
Raya tetap raya. Kita tetap mesti bergembira.
Ini kegembiraan umat Islam.
Agama kita, agama yang kita sayangi.
Jadi, bergembiralah selalu.
No comments:
Post a Comment